Wednesday, April 7, 2010

Jijik Pada Hajarulaswad (True Story)

Jijik Pada Hajarulaswad…





Kira-kira lima tahun lalu semasa saya sedang menunggu para jemaah di lobi hotel untuk ke Masjidil haram, salah seorang jemaah yang berada tidak jauh dari saya, tiba-tiba menjerit memanggil-manggil saya.

“Ustaz!!!ustaz! ! Macam mana ni?!!! Apa kita nak buat!!!”

Kata Rahman termengah-mengah.

Muka nya pucat lesi. Saya yang sedang membaca surat khabar cukup terkejut melihat muka cemasnya. Dalam hati saya mengagak, tentu ada sesuatu yang amat penting.

“Bertenang Man…bertenang. Kenapa ni? Cerita perlahan-lahan…”
kata saya sambil menepuk-nepuk belakangnya.


Selepas menarik nafas panjang, Rahman termengah-mengah cuba bersuara.

“Entahlah ustaz. tak tahu macammana saya nak mulakan”
katanya seperti orang baru lepas lari 100 meter.

“Kenapa pula”
saya bertanya lagi.


“Ustaz ingat tak pada Dr. Hisham yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan tu.
Tadi pagi tiba-tiba saja, saya lihat mukanya…mukanya ustaz…lain macam”
kata Rahman lagi menggeleng-geleng kepala.


“Lain macam mana?”
saya bertanya sedikit cemas.
"Dr. Hisham tu kan ke berkulit cerah,

tapi pagi tadi saya terserempak dengannya, hajat nak mengajaknya solat subuh, saya lihat mukanya hitam legam.

Saya betul-betul terkejut ustaz.

Saya ingatkan jemaah kulit hitam dari Afrika.

Tetapi apabila dia memanggil saya beberapa kali. barulah saya sedar dia itu Dr. Hisyam.

Saya gamam ustaz, lepas tu dia menangis depan saya"


“Saya rasa eloklah kita pergi jumpa dia, bertanya sikit apa yang berlaku…dia nampak gusar benar. seperti ada sesuatu…”


kata Rahman bersungguh-sungguh.

Saya terus mengekori Rahman menaiki lif menuju ke bilik Dr.Hisyam. Dalam hati , saya tertanya-tanya apa yang berlaku.

Sebaik pintu lif ternganga, kami mempercepatkan langkah menuju ke biliknya.



Tiba di pintu, Rahman mula mengetuk-ngetuk perlahan-lahan.



Tuk..tuk. tuk..



tapi tiada jawapan.


Lima minit kemudian setelah bergilir-gilir kami mengetuk, barulah kami mendengar tapak kaki, dan krekkkk, bunyi tombol pintu di tarik.


Sebaik pintu terbuka, saya terpaku melihat wajah doktor berkenaan, sama seperti yang diceritakan Rahman sebentar tadi.

Memang wajahnya hitam seperti arang tapi tangannya masih seperti sediakala.

“Assalamualaikum.”
tiba-tiba perkataan itu keluar dari mulut saya.


Rahman mencuit pergelangan tangan saya.

“waalaikummussalammm . Silakan masuk Rahman, ustaz,”
balas Dr Hisham sambil menunduk-nundukkan kepala.

Saya dan Rahman melangkah masuk dan mengambil tempat duduk di sofa yang terletak di tepi katil.
Saya memandang wajah doktor yang lewat 30an itu, tak tahu macam mana nak mulakan pertanyaan.

Dr. Hisham cuma berdiri di tepi katil. Sebaik terpandang mukanya dalam cermin solek di bilik itu, dia menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.
“Kenapa dengan saya ustaz? Kenapa saya boleh jadi sampai macam ni?”
tiba-tiba Dr. Hisham meraung-rung seperti histeria.


Saya dan Rahman berpandang-pandanga n. Saya tak tahu nak kata apa.
Yang saya tahu dia seorang yang taat kepada ajaran agama. Kerana itulah dia kerap dihantar bertugas di Tanah Suci oleh Kementerian Kesihatan.

‘Sabar, sabar doktor! Kita tak dapat meneka-neka urusan Allah. Namun kita jangan berhenti daripada berusaha,”
saya menasihatkannya sambil mengurut-ngurut belakangnya.
Rahman terus terpaku.


“Ustaz, ini balasan Allah ke?”
dia bertanya seperti orang bodoh.


“Balasan apa? Jangan cuba mencari-cari doktor,”
kata saya lagi.


“Memang saya bersalah ustaz. Selalu mulut saya ni celupar.

Mungkin ini yang saya terima”



kata Dr. Hisham sambil mengongoi-ngongoi.

Saya dan Rahman sekali lagi berpandangan. Bisu.
Kami biarkan saja apa yang ingin diluahkannya. Kami benar-benar tak tahu apa maksud kata-katanya.



“Ya lah saya ni doktor, tentu pentingkan kesihatan.

Sejak berada di sini, saya sering bayangkan bagaimana orang boleh cium dan kucup Hajarulaswad. Saya cukup geli…!!!

Dalam kepala saya sering terbayang betapa banyaknya kekotoran dan kuman yang melekat di situ.

Saya terlalu jijik dan geli untuk mendekati Hajarulaswad, jangankan nak menciumnya!”
katanya sunguh-sungguh.

“Setiap kali tawaf, saya pandang Hajarulaswad tu penuh jijik dan memualkan.

Saya melayan perasaan saya melihat bagaimana orang boleh berebut-rebut mahu menciumnya. Mereka tak tahu kotor ke?”

Katanya dalam suara yang cukup menyesal.
“Astaghfirulllah hal azim,”
saya mengucap berkali-kali mendengar pengakuannya.

Saya mengeleng-geleng. “Bangun tidur pagi semalam, saya terperanjat melihat wajah saya dalam cermin sudah berubah,”
katanya teresak-esak.



“Beginilah…seelok-eloknya doktor ambil wuduk dan lakukan solat sunat taubat.

Mohonlah keampunan daripada Allah. Lebih baik di hadapan Kaabah dan lepas itu bersungguh-sungguh pergi mengucup hajarulaswad,”
kata saya untuk menenangkannya.

“Diterima Allahkah doa saya ustaz?

Dosa saya terlalu besar, mempersoalkan apa yang ada di tanah haram ini.

Bantu dan bimbinglah saya. Saya insaf kini,”
katanya dalam nada yang mendayu-dayu.

Saya, Rahman dan doktor itu terus ke Masjidilharam yang hanya terletak kira-kira 200 meter dari tempat penginapan.

Setelah mengambil wuduk di telaga zam zam, kami sama-sama menunaikan solat hajat dan memohon kepada Allah agar mengampunkan segala dosa kami.

Saya lihat Dr. Hisham menangis teresak-esak sambil menadah tangan ke langit. Terharu sungguh saya melihatnya.

Saya dapat rasa apa yang dirasinya ketika itu.

Sejak itu setiap kali ke Masjidilharam, Dr. Hisham tidak lupa manunaikan solat-solat sunat selain wajib.

Dia kemudian akan berebut-rebut menuju ke Hajarulaswad. Dikucup di ciumnya Hajarulasad sepuas hati sambil memohon ampun di atas keterlanjurannya.

Berkat doa yang tidak putus-putus, tiga hari kemudian, wajah Dr. Hisham beransur-ansur cerah, akhirnya menjadi seperti sediakala, malah lebih berseri.

“Saya berjanji akan menjaga segala perbuatan dan tidak akan memepersoalkan kekuasaan Allah lagi. Saya akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku,”

kata Dr. Hisham bersungguh-sungguh.

“Alhamdulillah. Eloklah kalau macam tu.Anggaplah semua ini ujian Allah,”

kata saya sambil menepuk-nepuk bahunya. Berkali-kali dia mengesat airmatanya.

khasiat buah durian belanda

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Kebesaran Jiwa Seorang Ibu ( True Story )



Touching sangattt...peristiwa yg pernah berlaku kat Wenchuan dalam may 2008..masa berlakunya earthquake
































Foto aslinya